Sunday, August 31, 2008
Saturday, August 23, 2008
Wednesday, August 13, 2008
Hujan Emas Di Negeri Orang
Mohd Khalid, warga
Kerinduan kepada keluarga yang sesekali mencengkam perasaannya
Hujan emas di negeri orang membawa maksud kesenangan atau keselesaan hidup di peroleh setelah berada di negeri orang lain. Ini bermaksud bahawa seseorang yang dahulu hidupnya kurang selesa ataupun mengalami kesengsaraan di negeri sendiri kini hidupnya memperoleh kesenangan dan keselesaan setelah berada di negeri orang lain.
Bagi seorang warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kolej 12 mengakui bahawa kehidupan di negara orang banyak membantu dan mengubah kehidupannya. Beliau yang berasal dari
Warga
Mempunyai keluarga sendiri, iaitu seorang isteri dan 4 orang anak tidak menghalang beliau untuk mencari rezeki di negara lain demi mengubah nasib keluarganya. Kesengsaraan keluarganya itu menjadi pendorong untuk mencari kerja yang mampu mengubah kehidupan keluarganya pada masa hadapan.
Menurutnya, beliau mula bekerja di
Tugas sebagai pengawal keselamatan adalah pekerjaan terakhir dan beliau masih berkhidmat sebagai pengawal sehingga ketika ini. Mungkin bagi sesetengah pihak kerja sebagai pengawal keselamatan adalah kerja yang dianggap berstatus rendah, namun bagi Khalid yang berkelulusan bacelor dari universiti di negara asalnya memberitahu tidak kira apa jua pekerjaan sekalipun asalkan memberi pendapatan yang halal.
Apabila diajukan soalan sama ada ingin mencari pekerjaan lain yang lebih selesa, beliau memberitau bahawa pekerjaan sekarang sebagai pengawal keselamatan sudah memadai untuk dirinya dan menampung kehidupan keluarganya.