Sunday, August 31, 2008

POTRAITS

Gambar 1


Gambar 2

Saturday, August 23, 2008

People at work

Gambar 1

Sebelum

Selepas

Gambar 2

sebelum

Selepas

Gambar 3

Sebelum

Selepas

Wednesday, August 13, 2008

Hujan Emas Di Negeri Orang

Mohd Khalid, warga Pakistan yang bekerja di Malaysia

Demi mengubah nasib kehidupan keluarga, sanggup meniggalkan kampung halaman

Kerinduan kepada keluarga yang sesekali mencengkam perasaannya

Rumah kedua yang menjadi tempat berteduh untuk bekerja


Hujan emas di negeri orang membawa maksud kesenangan atau keselesaan hidup di peroleh setelah berada di negeri orang lain. Ini bermaksud bahawa seseorang yang dahulu hidupnya kurang selesa ataupun mengalami kesengsaraan di negeri sendiri kini hidupnya memperoleh kesenangan dan keselesaan setelah berada di negeri orang lain.

Bagi seorang warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kolej 12 mengakui bahawa kehidupan di negara orang banyak membantu dan mengubah kehidupannya. Beliau yang berasal dari Pakistan sudah bekerja selama 22 tahun di Malaysia dan banyak pekerjaan yang telah dilakukannya sebelum menjadi pengawal keselamatan ini.

Warga Pakistan ini yang hanya mahu dikenali sebagai Khalid sudah berumur 51 tahun mengakui bahawa kehidupannya berubah sama sekali setelah bekerja di Malaysia. Beliau yang sudah mempunyai sebuah keluarga sendiri memberitahu kehidupannya dulu di negara asal yang begitu kurang selesa.

Mempunyai keluarga sendiri, iaitu seorang isteri dan 4 orang anak tidak menghalang beliau untuk mencari rezeki di negara lain demi mengubah nasib keluarganya. Kesengsaraan keluarganya itu menjadi pendorong untuk mencari kerja yang mampu mengubah kehidupan keluarganya pada masa hadapan.

Menurutnya, beliau mula bekerja di Malaysia ketika berumur 29 tahun dan ketika itu beliau bersama dengan rakannya bekerja di sebuah kilang yang terletak di Subang Jaya. Namun pekerjaannya di situ tidak bertahan lama akibat masalah kewangan syarikat berkenaan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari pekerjaan lain.

Tugas sebagai pengawal keselamatan adalah pekerjaan terakhir dan beliau masih berkhidmat sebagai pengawal sehingga ketika ini. Mungkin bagi sesetengah pihak kerja sebagai pengawal keselamatan adalah kerja yang dianggap berstatus rendah, namun bagi Khalid yang berkelulusan bacelor dari universiti di negara asalnya memberitahu tidak kira apa jua pekerjaan sekalipun asalkan memberi pendapatan yang halal.

Apabila diajukan soalan sama ada ingin mencari pekerjaan lain yang lebih selesa, beliau memberitau bahawa pekerjaan sekarang sebagai pengawal keselamatan sudah memadai untuk dirinya dan menampung kehidupan keluarganya.

Friday, August 1, 2008