Thursday, September 11, 2008

CEMAS

CEMAS. Para penyokong dan pemain menantikan tamatnya perlawanan dengan penuh debaran ketika kemenangan terpaksa di tentukan melalui sepakan penalti.

Kebijaksanaan dan ketenangan yang ada pada pemain yang melakukan sepakan penalti memainkan peranan utama ketika dalam situasi ini.



Ketangkasan penjaga gol untuk menepis bola daripada mencecah jaring sesekali menjadi taruhan ketika diambang sepakan penalti ini.



Serdang, Universiti Putra Malaysia - Grand Final Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2008 yang berlangsung pada 29 hingga 30 Ogos 2008 telah mencapai kemuncaknya di mana pada semua pemenang di peringkat zon yang lepas akan merebut kejuaraan di antara Zon.


Pada kejohanan ini hadiah dan wang tunai berjumlah lebih RM200, 000 untuk di menangi di mana juara pertandingan setiap ketogeri akan membawa pulang sebanyak RM15, 000 sebagai hadiah kejuaraan.


Sebanyak 104 pasukan yang telah memenangi pertandingan sebelum ini iaitu pada peringkat Zon (Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur) akan merebut kejuaraan ini.


Universiti Putra Malaysia, (UPM) yang sebelum ini menjadi gelanggang pertandingan pada peringkat Zon Tengah, sekali lagi dipilih sebagai tempat untuk perlawanan Grand Final kosmo! Varsiti Futsal.


UPM menyediakan gelanggang perlawanan yang bertempat di dalam dewan (di stadium) dan di luar dewan (berhadapan Kolej 12,14,15,dan 16) serta pasukan paramedik dari Pusat Kesihatan UPM dan pasukan Keselamatan UPM yang akan bertanggungjawab memantau segala pergerakan sepanjang kejohanan.


Antara ketegori yang di adakan ialah kategori Lelaki Bawah 19, Lelaki Bawah 23, Wanita terbuka, Lelaki Terbuka, serta Staf Lelaki terbuka dan Staf Wanita Terbuka.


Pertandingan yang bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti seketika dari jam 1 hingga 2.30 petang seterusnya perlawanan akan besambung jam 3 petang.

1 comment:

Anonymous said...

News OK but the pics are lacking close ups.

7/10