Friday, September 19, 2008

WARNA-WARNI KEHIDUPAN







UPM, Serdang – Jabatan Fizik, Fakulti Sains telah mengadakan Sambutan di Ambang Kemerdekaan ke-51 pada 29 ogos 2008 bertempat di Fakulti Sains.


Sambutan di ambang kemerdekaan ini dianjurkan oleh Jabatan fizik bersama dengan kelab-kelab fizik termasuk kelab fizik postgraduat yang telah pun diadakan setiap kali menyambut kemerdekaan sebelum ini.


Kemerdekaan kali ini yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan memperlihatkan semua pegawai dan pelajar dari fakulti berkenaan terlibat dari bermulanya program seawal 3.00pm sehingga 5.00pm dalam menjayakan sambutan kali ini.


Pihak Fakulti Sains kali ini mengadakan perarakkan dari fakulti mereka mengelilingi fakulti ekonomi dan kembali ke fakulti mereka melalui jalan ke bahagian pentakbiran UPM.


Pada masa itu, dilihat semua raut wajah pegawai dan pelajar yang mengikuti perarakkan tersebut tergambar wajar kegembiraan kerana dapat menyambut kemerdekaan kali ini.


Sambutan sebegini harus di adakan oleh setiap fakulti bagi mengingati mereka yang bertungkus lumus dalam membebaskan negara dari jajahan dan sekaligus dapat menanam semangat patriotic dan cintakan negara.

1 comment:

Anonymous said...

Not bad but hardly interesting.

7/10