Thursday, September 11, 2008

KEGEMBIRAAN

Sesekali terdapat pelajar yang ghairah untuk mandi di tepi pantai..

keakraban diantara pelajar menyeronokan lagi ketika melakukan kajioan bersama-sama

Keletihan dan kepenatan tidak terasa kerana keseronokan bersama mencari maklumat menghilangkan kepenatan tersebut.

Kenangan bersama diantara semua pelajar KOJ3343 di Beserah Kuantan, Pahang semasa menjalankan kajian di sana.

Pada tanggal 24 hingga 26 Ogos 2008, pelajar Kursus KOJ3433 Kewartawanan Foto telah mengadakan Projek kajian Amali DiLapangan yang bertempat di Beserah Kuantan, Pahang. Kursus ini yang berada di bawah kendalian pensyarah Ishak Abd. Hamid yang dikenali dengan lebih rapat sebagai Pak Ngah mewajidkan pelajar mengadakan dan menyertai kajian amali lapangan ini.

Seramai 21 orang pelajar dari kursus berkenaan yang disertai oleh Pak Ngah, telah bertolak dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 24 ogos jam 9.00am dan sampai di Beserah jam 2.50pm. Setibanya di tempat yang ditujui, pelajar mula mencari bahan-bahan dan maklumat yang dikendaki dalam menjalankan kajian.

Kajian amali dilapangan yang mengambil masa 3 hari 2 malam di Beserah, menggesa pelajar agar mencari maklumat secukupnya berdasarkan kehendak kajian yang mereka lakukan. Pelajar diminta mengambil gambar yang sesuai dan maklumat-maklumat yang berkaitan bagi menyediakan artikel kajian mereka nanti.

Dalam keghairahan mencari maklumat berkaitan kajian mereka, pelajar tidak ketinggalan untuk beramah mesra dan mengenali lebih rapat penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan. Penduduk setempat yang begitu peramah tidak “lokek” ataupun kedekut dalam memberikan maklumat kajian kepada pelajar. Kanak-kanak pula begitu mesra dan tidak malu apabila disuruh untuk merakamkan gambar.

Kepenatan dan keletihan dalam mendapatkan maklumat sesekali menjadi keseronokkan kerana dapat menikmati keindahan pantai di Baserah sambil dapat melihat kehidupan nelayan yang kelaut dan kepantai dalam mencari rezeki.

Namun masa begitu cepat berlalu sehinggakan 3 hari 2 malam di rasai seperti berada sehari di Beserah. Keadaan ini mungkin disebabkan kedatangan mereka ke Beserah bukan untuk bercuti tetapi untuk mengumpul maklumat kajian yang akan dibuat sekembalinya ke UPM.


1 comment:

Anonymous said...

Hantar 1 copy ke Tribun Putra.

8/10